Dua Pusat Pengumpulan Hasil Tani (APCC) Baharu Dirasmikan di Moyog Dan Tambunan [2025-09-09]
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, hari ini merasmikan dua buah Pusat Pengumpulan Hasil Tani (APCC) baharu yang dibangunkan oleh Korporasi Pembangunan Desa (KPD) masing-masing di Kg. Togudon, Moyog, Penampang dan Kg. Solibog, Tambunan. Turut hadir dalam majlis perasmian ialah YB Datuk Jannie Lasimbang (Pengerusi Lembaga Pengarah KPD), YBhg. Puan Maria David Edick (Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pertanian, Perikanan & Industri Makanan Sabah), YBhg. Tuan Sobitun Makajil (Pegawai Daerah Tambunan), Puan Jamilah Lee (Pengurus Besar KPD), Ahli-ahli Lembaga Pengarah KPD, serta ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian Sabah.
Larian Bendera Sempena Hari Sabah 2025 [2025-08-31]
Larian Bendera sempena Hari Sabah 2025 telahpun diadakan. Acara utama, Sabah Day Flag Fun Run 2025, berlangsung pada 30-31 Ogos 2025 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu,
Perasmian Gerai Harian dan Tamu KPD APCC Keningau [2025-08-09]
APCC Keningau yang siap pada Oktober 2022 kini menjadi pusat pemasaran hasil tani dengan kemudahan ruang pengumpulan, penggredan, cold storage, chiller, pembungkusan dan pemprosesan asas. Bagi memanfaatkan sepenuhnya kawasan tersebut, KPD membina 10 unit gerai harian untuk usahawan menjual hasil pertanian dan produk makanan, selain merancang tamu bulanan bagi memberi peluang lebih luas kepada petani tempatan. platform ini akan membentuk rantaian pemasaran yang lestari, membantu melonjakkan ekonomi setempat, dan memudahkan penduduk mendapatkan bekalan segar. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Turut diadakan serentak ialah Sambutan Hari Sabah Peringkat Daerah Keningau serta Penyerahan Bantuan Pembiayaan oleh Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan (KO-NELAYAN). Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah, YBhg. Datuk Leonard Stephen Poyong; Pegawai Daerah Keningau, YBhg. Tuan Peter Jonu Moinjil; Pengurus Besar KPD, Puan Jamilah Lee; Pengurus Besar KO-NELAYAN, Tuan Hj. Yusof Hj. Ag Besar; Pengurus Besar SAFMA, Tuan Syed Mohd. Hamizan Bin Roslan; serta wakil jabatan dan agensi di bawah kementerian.
Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) Tahun 2025 [2025-08-01]
Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) Tahun 2025 yang membawa tema “Kudrat Kami Menjamin Pertiwi”, telah berlangsung selama 3 hari bermula 1-3 Ogos 2025 lalu dan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim. Pada acara tersebut, gerai pameran dan jualan Korporasi Pembangunan Desa (KPD) di Lot No. 72 mendapat perhatian ramai dengan promosi dan jualan produk madu keluaran KPD. Majlis itu turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah; YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery Gapari Kitingan, Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri Sabah; YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha KPKM serta Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Tamu APCC Lingkungan, Beaufort. [2025-07-22]
Buat kali ke-6, Tamu KPD diadakan di Pusat Pengeluaran Hasil Tani KPD (APCC) Lingkungan, Beaufort pada 22hb Julai 2025 lalu dengan jualan dan promosi Ayam Daging, / Kampung KPD, Produk Madu KPD, buah-buahan dan sayuran tempatan, serta bibit tanam dan pelbagai jenis jualan lagi.
Program Penyerahan Bantuan Mangsa Kebakaran di Kg Petagas dan Kg Bukit Vor. [2025-06-23]
Program Penyerahan Bantuan Mangsa Kebakaran di Kg Petagas dan Kg Bukit Vor telah selesai disampaikan kepada keluarga yang terkesan pagi tadi, 23hb Jun 2025 (Isnin) yang diwakilI oleh AJK Kelab Desa Kota Kinabalu (KDKK).
Tamu KPD APCC Damai, Kota Marudu [2025-06-20]
Buat kali kedua Tamu KPD diadakan di Pusat Pengeluaran Hasil Tani KPD Damai, Kota Marudu pada 20hb Jun 2025 lalu dengan jualan dan promosi Ayam Daging, / Kampung KPD, Produk Madu KPD, buah-buahan dan sayuran tempatan, serta bibit tanam dan pelbagai lagi dan dimeriahkan dengan sesi karaoke bersama penduduk setempat.
Kursus Open Office Advanced [2025-06-18]
Kursus Open Office Advanced telah diadakan dengan jayanya selama dua hari bermula 18hb Jun 2025 untuk kakitangan Korporasi Pembangunan Desa (KPD) dari pejabat wilayah seperti Pejabat Wilayah Utara, Pejabat Wilayah Pedalaman dan Pejabat Wilayah Pantai Timur serta kakitangan yang bertugas di ibu pejabat.
Lawatan Ke Kilang Life Water Berhad. [2025-05-29]
Lawatan pihak pengurusan Korporasi Pembangunan Desa (KPD) ke kilang Life Water Berhad. Sebuah syarikat yang berpangkalan di Sabah, Malaysia, yang mengeluar dan mengedar air minuman botol, termasuk jenama popular K2.
Lawatan Pengurusan Syarikat Grusonn Wellness Ke KPD Kundasang [2025-05-28]
Lawatan pihak pengurusan Syarikat Grusonn Wellness ke Pusat Pengumpulan Hasil Tani (APCC) KPD Kundasang pada 28hb Mei 2025 lalu. Syarikat Grusonn Wellness ialah syarikat yang berpusat di Puchong, Selangor dan terlibat dalam penyelidikan, penanaman, pembangunan, pembuatan, dan pemasaran cendawan boleh dimakan dan ubat-ubatan. Mereka menghasilkan pelbagai produk berasaskan cendawan untuk mempromosikan gaya hidup sihat.
Lawatan Kerja Ke Trusan Sapi Rice Plantation [2025-05-27]
Lawatan Kerja Setiausaha Tetap, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, YBhg. Datuk Leonard Stephen Poyong, Pengurusan KPD, Trusan Sapi Rice Plantation serta Lembaga Padi Negeri Sabah, bersama pelbagai Jabatan & Agensi kerajaan sempena Taklimat Skim Penanaman Padi pada 27hb Mei 2025 lalu.
Pertandingan Boling Tertutup KPD 2025 [2025-05-17]
Pertandingan Boling Tertutup KPD 2025 anjuran Kelab Desa Kota Kinabalu telah diadakan di KK Galaxy Bowl Kota Kinabalu yang disertai warga KPD dari pelbagai pejabat wilayah.
Run KPD-OISCA 2025 [2025-05-17]
Run KPD-OISCA adalah acara larian sejauh 8km yang pertama kalinya dianjurkan oleh Persatuan Induk Perantis daripada Pusat Latihan Belia KPD-OISCA, Lagud Sebrang, Tenom pada 17hb Mei yang lalu.
Majlis Pelancaran Penghantaran Kontena Pertama Nenas MD2 Oleh Aqina ke Singapura [2025-05-13]
Majlis pelancaran tersebut telah diadakan pada 13 Mei 2025 lalu yang bertempat di KPD Avenue, Tanjung Lipat. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery Gapari Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah serta turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah berserta pengurusan kanan KPD dan pihak pengurusan AQINA Borneo Plantation.
Tamu KPD APCC Lingkungan [2025-05-06]
Buat julung kalinya Tamu KPD diadakan di Pusat Pengeluaran Hasil Tani KPD Lingkungan pada 6hb Mei 2025 lalu dengan jualan dan promosi Ayam Daging, / Kampung KPD, Produk Madu KPD, buah-buahan dan sayuran tempatan, serta bibit tanam dan pelbagai lagi dan dimeriahkan dengan sesi karaoke bersama penduduk setempat.
Sumbangan Air Minuman KPD kepada Mangsa Banjir di Daerah Keningau [2025-03-25]
Sumbangan ini yang merupakan sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab korporat sosial (CSR) Korporasi Pembangunan Desa kepada komuniti yang telah ditimpa musibah. Dan ini akan sentiasa diadakan dari semasa ke semasa.
Sumbangan Air Minuman KPD kepada Mangsa Banjir di Daerah Tenom [2025-03-19]
Sumbangan ini yang merupakan sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab korporat sosial (CSR) Korporasi Pembangunan Desa kepada komuniti yang telah ditimpa musibah. Dan ini akan sentiasa diadakan dari semasa ke semasa.
Mesyuarat Sesi Libat Urus Sabah Maju Jaya (SMJ) [2025-01-28]
Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama KPD yang dihadiri oleh pengurusan kanan KPD dengan Sekretariat Sabah Maju Jaya.
Amanat Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah 2025 [2025-01-24]
Timbalan Ketua Menteri I Sabah yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan di Majlis Penyampaian Amanat sempena tahun baharu 2025 dan sambutan Tahun Baru Cina peringkat Kementerian bersama Jabatan serta Agensi di bawah MAFFI, di Dewan Serbaguna, Wisma Pertanian pada 24hb Januari 2025 lalu.
Kunjungan Hormat Delegasi Invest Sabah Berhad Kepada Pengurus Besar KPD [2025-01-22]
Kunjungan hormat delegasi Invest Sabah Berhad Kepada Pengurus Besar KPD bagi mengukuhkan kerjasama dan meneroka inisiatif yang berpotensi dalam pelaburan dan pembangunan ekonomi negeri Sabah.
Lawatan Kerja Sambil Belajar Menteri MAFFI, Setiausaha Tetap Kementerian, Lembaga Pengarah Dan Pengurusan Kanan Korporasi Pembangunan Desa Ke Taiwan [2025-01-13]
Lawatan kerja sambil belajar Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah bersama Setiausaha Tetap Kementerian dan ahli lembaga pengarah beserta pengurusan kanan Korporasi Pembangunan Desa pada 13hb Januari 2025 hingga 17hb Januari 2025 ke Taiwan.
Majlis Amanat Pengurus Besar KPD Tahun 2025 [2025-01-10]
Suasana sekitar Majlis Amanat Pengurus Besar KPD bagi tahun 2025 yang bertempat di Dewan Serbaguna Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah. Pengurus Besar KPD menyampaikan kata-kata perangsang, Misi dan Visi KPD serta sasaran bagi tahun 2025 kepada semua kakitangan KPD yang hadir.



 Baharu Dirasmikan di Moyog Dan Tambunan/APCC Moyog 1.jpeg)
 Baharu Dirasmikan di Moyog Dan Tambunan/APCC Moyog 2.jpeg)




 Tahun 2025/HPPNK_1.jpeg)
 Tahun 2025/HPPNK_2.jpeg)
























/1738033860_1.jpg)
/1738033860_5.jpg)







