Minggu Integriti MAFFI 2024 [2024-07-22]


Minggu Integriti MAFFI anjuran Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah yang melibatkan semua agensi dibawahnya termasuk Korporasi Pembangunan Desa telah berlangsung pada 17-19 Julai 2024 bertempat di dewan serbaguna Wisma Pertanian dan kawasan sekitarnya. Pelbagai acara menarik diadakan antaranya Senamrobik, Sukaneka, Kempen Menderma Darah, Ikrar AkuJanji kakitangan dan banyak lagi.