Program Naziran Dan Lawatan Kerja Pengurusan KPD Ke Wilayah Utara
Korporasi Pembangunan Desa (KPD) telah selesai melaksanakan Program Naziran dan Lawatan Kerja Pengurusan KPD ke Wilayah Utara pada 29 hingga 30 Oktober 2026. Program ini bertujuan meninjau perkembangan operasi, memantau pelaksanaan aktiviti serta melihat kemajuan projek dan inisiatif KPD di Wilayah Utara. Lawatan ini turut menjadi platform untuk memperkukuh penyelarasan pengurusan, mengenal pasti ruang penambahbaikan serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan KPD.


