Program Jelajah Kebun Dapur Tenom 2026
Inisiatif Kebun Dapur buat julung kali diadakan di daerah ini, menghimpunkan ribuan penduduk sekitar Tenom dan Kemabong sempena Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tenom. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar yang juga ADUN Melalap turut menyertai Kursus Cantuman Durian yang diadakan di luar Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, pada 9hb Mei 2026 lalu.


