Program Jelajah Kebun Dapur 2026 [2026-02-15]


Program tersebut yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah di Padang Astaka Tuaran pada 15 Februari 2026 bertujuan memperkasa sekuriti makanan dan mempromosikan pertanian moden. Inisiatif MAFFI ini mendorong penduduk kampung dan taman perumahan menanam makanan sendiri di ruang terhad untuk menambah pendapatan. Pelaksanaan program ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Pertanian Sabah, Korporasi Pembangunan Desa (KPD), Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DVS), Jabatan Perikanan Sabah (DOF), Koperasi Nelayan Sabah Berhad (Ko-Nel), Sabah Fisheries Marketing Sdn. Bhd. (SAFMA) serta Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS).



Lihat Koleksi

Majlis Amanat Pengurus Besar Korporasi Pembangunan Desa Tahun 2026 [2026-02-11]


Suasana sekitar Majlis Amanat Pengurus Besar KPD 2026 yang baharu bertempat di Dewan Serbaguna Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah. Pengurus Besar KPD menyampaikan kata-kata perangsang, Misi dan Visi KPD serta sasaran bagi tahun 2026 kepada semua kakitangan KPD yang hadir.



Lihat Koleksi

Lawatan Kerja Menteri Menteri MAFFI Ke Mini Jelapang Padi Terusan Sapi, Telupid [2026-02-08]


Dalam lawatan tersebut, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar menggesa semua kakitangan jabatan dan agensi di bawah MAFFI supaya bekerja di lapangan sekurang-kurangnya 60 peratus bagi memantau, mengenal pasti keperluan, serta menyelesaikan masalah petani. Dalam lawatan itu, beliau juga mendengar taklimat daripada Pengarah Desa Padi Plantation Sdn Bhd, Datuk Yapp. Turut hadir ialah Pengurus Besar Lembaga Padi Dan Beras (LPBS), Datuk Madiyem Layapan; Pengurus Besar KPD, Jailis Masarip serta beberapa lagi pegawai MAFFi, JPS, KPD dan LPBS.



Lihat Koleksi

Program Pembentangan RMK-13 Dan Team Building KPD [2025-11-03]


Program selama 2 (dua) hari tersebut telah diadakan di Shangri La Rasa Ria, Kota Kinabalu & Pantai Dalit Tuaran. Dengan dihadiri oleh semua ketua-ketua jabatan dan pegawai Korporasi Pembangunan Desa, dan dirasmikan oleh Pengurus Besar Korporasi Pembangunan Desa (KPD). Puan Jamilah Lee.



Lihat Koleksi

Dua Pusat Pengumpulan Hasil Tani (APCC) Baharu Dirasmikan di Moyog Dan Tambunan [2025-09-09]


Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, hari ini merasmikan dua buah Pusat Pengumpulan Hasil Tani (APCC) baharu yang dibangunkan oleh Korporasi Pembangunan Desa (KPD) masing-masing di Kg. Togudon, Moyog, Penampang dan Kg. Solibog, Tambunan.



Lihat Koleksi

Larian Bendera Sempena Hari Sabah 2025 [2025-08-31]


Larian Bendera sempena Hari Sabah 2025 telahpun diadakan. Acara utama, Sabah Day Flag Fun Run 2025, berlangsung pada 30-31 Ogos 2025 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu,



Lihat Koleksi

Perasmian Gerai Harian dan Tamu KPD APCC Keningau [2025-08-09]


Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Turut diadakan serentak ialah Sambutan Hari Sabah Peringkat Daerah Keningau serta Penyerahan Bantuan Pembiayaan oleh Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan (KO-NELAYAN).



Lihat Koleksi

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) Tahun 2025 [2025-08-01]


Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) Tahun 2025 yang membawa tema “Kudrat Kami Menjamin Pertiwi”, telah berlangsung selama 3 hari bermula 1-3 Ogos 2025 lalu dan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim. Pada acara tersebut, gerai pameran dan jualan Korporasi Pembangunan Desa (KPD) di Lot No. 72 mendapat perhatian ramai dengan promosi dan jualan produk madu keluaran KPD. Majlis itu turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah; YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery Gapari Kitingan, Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri Sabah; YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha KPKM serta Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.



Lihat Koleksi

Tamu APCC Lingkungan, Beaufort. [2025-07-22]


Buat kali ke-6, Tamu KPD diadakan di Pusat Pengeluaran Hasil Tani KPD (APCC) Lingkungan, Beaufort pada 22hb Julai 2025 lalu dengan jualan dan promosi Ayam Daging, / Kampung KPD, Produk Madu KPD, buah-buahan dan sayuran tempatan, serta bibit tanam dan pelbagai jenis jualan lagi.



Lihat Koleksi

Program Penyerahan Bantuan Mangsa Kebakaran di Kg Petagas dan Kg Bukit Vor [2025-06-23]


Program Penyerahan Bantuan Mangsa Kebakaran di Kg Petagas dan Kg Bukit Vor telah selesai disampaikan kepada keluarga yang terkesan pagi tadi, 23hb Jun 2025 (Isnin) yang diwakilI oleh AJK Kelab Desa Kota Kinabalu (KDKK).



Lihat Koleksi

Tamu APCC Damai, Kota Marudu. [2025-06-20]


Buat kali kedua Tamu KPD diadakan di Pusat Pengeluaran Hasil Tani KPD Damai, Kota Marudu pada 20hb Jun 2025 lalu dengan jualan dan promosi Ayam Daging, / Kampung KPD, Produk Madu KPD, buah-buahan dan sayuran tempatan, serta bibit tanam dan pelbagai lagi dan dimeriahkan dengan sesi karaoke bersama penduduk setempat.



Lihat Koleksi

Lawatan Kerja Ke Trusan Sapi Rice Plantation [2025-05-27]


Lawatan Kerja Setiausaha Tetap, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, YBhg. Datuk Leonard Stephen Poyong, Pengurusan KPD, Trusan Sapi Rice Plantation serta Lembaga Padi Negeri Sabah, bersama pelbagai Jabatan & Agensi kerajaan sempena Taklimat Skim Penanaman Padi pada 27hb Mei 2025 lalu.



Lihat Koleksi

Pertandingan Boling Tertutup KPD 2025 [2025-05-17]


Pertandingan Boling Tertutup KPD 2025 anjuran Kelab Desa Kota Kinabalu telah diadakan di KK Galaxy Bowl Kota Kinabalu yang disertai warga KPD dari pelbagai pejabat wilayah.



Lihat Koleksi

Run KPD-OISCA 2025 [2025-05-17]


Run KPD-OISCA adalah acara larian sejauh 8km yang pertama kalinya dianjurkan oleh Persatuan Induk Perantis daripada Pusat Latihan Belia KPD-OISCA, Lagud Sebrang, Tenom pada 17hb Mei yang lalu.



Lihat Koleksi

Majlis Pelancaran Penghantaran Kontena Pertama Nenas MD2 Oleh Aqina ke Singapura [2025-05-13]


Majlis pelancaran tersebut telah diadakan pada 13 Mei 2025 lalu yang bertempat di KPD Avenue, Tanjung Lipat. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery Gapari Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah serta turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah berserta pengurusan kanan KPD dan pihak pengurusan AQINA Borneo Plantation.



Lihat Koleksi

Amanat Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah 2025 [2025-01-24]


Timbalan Ketua Menteri I Sabah yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan di Majlis Penyampaian Amanat sempena tahun baharu 2025 dan sambutan Tahun Baru Cina peringkat Kementerian bersama Jabatan serta Agensi di bawah MAFFI, di Dewan Serbaguna, Wisma Pertanian pada 24hb Januari 2025 lalu.



Lihat Koleksi

Kunjungan Hormat Delegasi Invest Sabah Berhad Kepada Pengurus Besar KPD [2025-01-22]


Kunjungan hormat delegasi Invest Sabah Berhad Kepada Pengurus Besar KPD bagi mengukuhkan kerjasama dan meneroka inisiatif yang berpotensi dalam pelaburan dan pembangunan ekonomi negeri Sabah.



Lihat Koleksi

Lawatan Kerja Sambil Belajar Menteri MAFFI, Setiausaha Tetap Kementerian, Lembaga Pengarah Dan Pengurusan Kanan Korporasi Pembangunan Desa Ke Taiwan [2025-01-13]


Lawatan kerja sambil belajar Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah bersama Setiausaha Tetap Kementerian dan ahli lembaga pengarah beserta pengurusan kanan Korporasi Pembangunan Desa pada 13hb Januari 2025 hingga 17hb Januari 2025 ke Taiwan.



Lihat Koleksi

Majlis Amanat Pengurus Besar KPD Tahun 2025 [2025-01-10]


Suasana sekitar Majlis Amanat Pengurus Besar KPD bagi tahun 2025 yang bertempat di Dewan Serbaguna Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah. Pengurus Besar KPD menyampaikan kata-kata perangsang, Misi dan Visi KPD serta sasaran bagi tahun 2025 kepada semua kakitangan KPD yang hadir.



Lihat Koleksi

Kunjungan Hormat Wakil Syarikat Chubu Ecotec (Japan) [2024-07-24]


Pengurus Besar Korporasi Pembangunan Desa (KPD) menerima kunjungan hormat wakil daripada Syarikat Chubu Ecotec Co. Limited yang berpangkalan di Jepun dan antara pemain utama dalam sektor pengeluaran baja organik di rantau tersebut. Kunjungan itu adalah untuk mengenalpasti peluang serta bertukar idea dalam bidang yang dapat diteroka bersama KPD di masa akan datang.



Lihat Koleksi

Minggu Integriti MAFFI 2024 [2024-07-22]


Minggu Integriti MAFFI anjuran Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah yang melibatkan semua agensi dibawahnya termasuk Korporasi Pembangunan Desa telah berlangsung pada 17-19 Julai 2024 bertempat di dewan serbaguna Wisma Pertanian dan kawasan sekitarnya. Pelbagai acara menarik diadakan antaranya Senamrobik, Sukaneka, Kempen Menderma Darah, Ikrar AkuJanji kakitangan dan banyak lagi.



Lihat Koleksi

Lawatan Setiausaha Tetap MAFFI [2024-07-19]


Lawatan kerja Setiausaha Tetap, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah yang baharu iaitu YBhg. Tuan Leonard Stephen Poyong ke ibu pejabat Korporasi Pembangunan Desa (KPD) dan mendengar taklimat mengenai kemajuan, pembangunan dan hala tuju KPD.



Lihat Koleksi

Hari Terbuka BHBC 2024 [2024-07-08]


Acara Hari Terbuka BHBC 2024 yang diadakan pada 5-6 Julai 2024 lalu dan bertempat di Borneo Honeybee Centre, Sikuati, Kudat. Acara tersebut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan KPD serta dimeriahkan dengan kehadiran komuniti setempat. Pelbagai acara menarik diadakan bagi menghibur pengunjung yang hadir antaranya Pesta madu dan sukan rakyat.



Lihat Koleksi

Majlis Perasmian Signal Hill Food Square, KPD Avenue, Tanjung Lipat. [2024-07-05]


Majlis Perasmian Signal Hill Food Square pada 4 Julai 2024 lalu yang bertempat di KPD Avenue, Tanjung Lipat. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery Gapari Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah serta turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah berserta pengurusan kanan KPD.



Lihat Koleksi

Sesi Food Testing Di Signal Hill Food Square, KPD Avenue, Tanjung Lipat. [2024-05-19]


Sesi Food Testing Di Signal Hill Food Square, KPD Avenue bersama YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery Gapari Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah bersama Ahli Lembaga Pengarah berserta pengurusan kanan KPD pada 19 & 20 Mei 2024 yang lalu



Lihat Koleksi

Majlis Jamuan Sempena Hari Raya Aidilfitri MAFFI 2024 [2024-05-13]


Suasana sekitar Majlis Jamuan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 anjuran Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah (MAFFI)



Lihat Koleksi

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2024 [2024-05-10]


Suasana sekitar Majlis Jamuan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 peringkat Ibu Pejabat, Pejabat Wilayah Dan Pemasaran Tanjung Lipat.



Lihat Koleksi

Majlis Perasmian Pusat Pengumpulan Hasil Tani (APCC) Silabukan, Lahad Datu. [27 Feb 2024] [2024-03-05]


Suasana sekitar Majlis Perasmian Pusat Pengumpulan Hasil Tani (APCC) Silabukan, Lahad Datu.



Lihat Koleksi

Tamu KPD Feb 2024 [2024-02-05]


Pihak KPD ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang telah menjayakan Tamu bulanan KPD yang pertama untuk tahun ini pada 03 Februari 2024.Jumpa lagi di Tamu yang seterusnya pada 23 Mac 2024 (Sabtu). Lokasi KPD Fresh Mart Avenue Tanjung Lipat dan Pasar Harian KPD: https://goo.gl/maps/5HzRsCtiW2Y9pGpC6 Lokasi KPD Fresh Mart Wisma Pertanian: https://goo.gl/maps/HLHoosjxVoYhyAu68



Lihat Koleksi

Majlis Pelancaran Projek KPD Di Kundasang [2024-01-31]


Majlis Pelancaran tiga projek KPD di Kundasang iaitu Kilang Pemprosesan Bibit Cendawan Mesilau, Pusat Pengumpulan Hasil Tani (APCC) dan Stesen Minyak KPD yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah. Dan turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Adun Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim; Pembantu Menteri II Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, YBhg Tuan Peto Galim; Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin; Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KPD, YB Jennie Lasimbang; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Robert Stidi; Pengurus Besar KPD, Pn. Jamilah Lee; Pegawai Daerah Ranau, Tuan Tinus Manggam serta semua Ahli Lembaga Pengarah KPD pada 30hb Jan 2024 lalu.



Lihat Koleksi

Kunjungan Hormat Delegasi OISCA International Japan [2024-01-24]


Kunjungan Hormat Delegasi OISCA International Japan ke Ibu Pejabat Korporasi Pembangunan Desa, Wisma Pertanian Sabah pada 24hb Januari 2024.



Lihat Koleksi

Majlis Amanat Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah Dan Pelancaran Produk Air Minuman Jenama KPD [2024-01-23]


Sempena Majlis Amanat Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah. Korporasi Pembangunan Desa telah melancarkan produk baharu iaitu air minuman jenama KPD dan boleh didapati di KPD Fresh Mart, Wisma Pertanian Sabah dan KPD Fresh Mart, KPD Avenue, Tanjung Lipat Kota Kinabalu.



Lihat Koleksi

Majlis Amanat Pengurus Besar KPD 2024 [2024-01-18]


Majlis Amanat Pengurus Besar KPD 2024 telah diadakan pada 18hb Januari 2024 bertempat di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian, Kota Kinabalu.



Lihat Koleksi

Lawatan kerja sambil belajar ke Guangzhou, China. [2024-01-10]


Lawatan kerja sambil belajar ke kilang Teemyeah Food Industry Machinery Co. Ltd, Haichuan Intelligent Machinery Co.Ltd dan Dingsheng Food Machinery Co. Ltd, di Guangzhou, China.



Lihat Koleksi

Malam Apresiasi KPD 2023 [2024-01-03]


Suasana sekitar Majlis Malam Apresiasi KPD 2023 bertempat di Dewan Hakka, Tanjung Lipat, Likas pada 29hb Disember 2023 yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KPD, YB Jannie Lasimbang serta tetamu kehormat yang lain.



Lihat Koleksi

Tamu KPD Dis 2023 [2023-12-21]


Gambar sekitar Program Tamu KPD yang terakhir bagi tahun 2023 yang bertempat di KPD Avenue, Kompleks Pemasaran KPD Tg LIpat, Kota Kinabalu pada 16hb Disember 2023.



Lihat Koleksi

Tamu KPD Nov 2023 [2023-11-30]


Suasana sekitar Tamu KPD 2023 pada 25hb November bertempat di KPD Avenue, Kompleks Pemasaran Tg Lipat, Kota Kinabalu.



Lihat Koleksi

Bengkel Penyediaan Dokumen Standard Operating Procedure (SOP) Dan Team Building KPD 2023 [2023-11-03]


Bengkel Penyediaan Dokumen Standard Operating Procedure (SOP) Dan Team Building KPD telah diadakan pada 25 hingga 27 Oktober 2023 bertempat di Shangri-La Rasa Ria, Kota kinabalu bagi melihat semula sistem dan prosedur, tatacara kerja dan governans lama serta memperbaiki aspek tatakelola dalam usaha meningkatkan integriti serta pencapaian KPD. Bengkel tersebut juga sebagai medan untuk mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturahim antara kakitangan baharu dengan pihak pengurusan.



Lihat Koleksi

Minggu Integriti Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah 2023 [2023-10-24]


Sekitar Majlis Minggu Minggu Integriti Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah 2023. Yang dirasmikan Oleh YANG BERHORMAT DATUK SERI PANGLIMA DR. JEFFERY G. KITINGAN, TIMBALAN KETUA MENTERI 1, MERANGKAP MENTERI PERTANIAN, PERIKANAN DAN INDUSTRI MAKANAN SABAH. Bertemakan, “INTEGRITI MAMPAN MENJAMIN KECEMERLANGAN ETIKA KELESTARIAN MASA DEPAN".



Lihat Koleksi

Majlis Pelancaran KPD Avenue Sempena Tamu KPD September 2023 [2023-09-30]


KPD Avenue meliputi ruang Tamu KPD, Pejabat Pemasaran KPD, Fresh Mart KPD, Pasar Harian, Sunset Deck dan Medan Selera yang telah dinaiktaraf dan dilengkapi dengan kemudahan asas. Antara peranan KPD Avenue ialah sebagai platform pemasaran hasil tani segar dan berkualiti, memberi ruang dan peluang lebih ramai petani dan usahawan tempatan menceburi bidang perniagaan, menyediakan kemudahan pembungkusan produk, menyediakan lokasi strategik dengan kemudahan infrastruktur untuk menarik lebih ramai pelanggan dan pelancong, dan, menyediakan Sun Deck ruang santai bersama medan selera tepi laut, berpeluang menikmati ‘sun set’ pada waktu tertentu, sambil menjamu hidangan berkonsepkan ‘International Food Court’ dan menu pelbagai negara pada harga yang berpatutan



Lihat Koleksi

Lawatan Kerja Pengurus Besar KPD bersama SUT MAFFI Sabah ke IADA Barat Laut Selangor. [2023-07-14]


Lawatan Kerja Pengurus Besar Korporasi Pembangunan Desa bersama Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah ke Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor.



Lihat Koleksi

Program Food Fest UMS 2023 [2023-07-07]


Pengurus Besar Korporasi Pembangunan Desa meluangkan masa untuk menghadiri Majlis Perasmian Program Food Fest UMS 2023 bertempat di Fakulti Sains Makanan, Universiti Malaysia Sabah.



Lihat Koleksi

Program Latihan Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Dan Black Jelly Mushroom. [2023-07-07]


Pengurus Besar menghadiri serta memberi tunjuk ajar kepada peserta Progrem Latihan Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Dan Black Jelly Mushroom anjuran Pusat Perhubungan ADUN Kepayan yang dirasmikan oleh YB Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa merangkap ADUN N.25 Kepayan. Peserta program terdiri daripada pelajar-pelajar Guwas Koposizan Centre dan wakil komuniti kampung dan bandar di sekitar kawasan Penampang.



Lihat Koleksi

Majlis Konvokesyen Pusat Latihan Belia KPD-OISCA Tenom 2023 [2023-03-02]


Suasana sekitar Majlis Konvokesyen Pusat Latihan Belia KPD-OISCA Tenom 2023 yang telah disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery Gapari Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I Merangkap Menteri Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah bertempat di Pusat Latihan Belia KPD-OISCA Lagud sebrang, Tenom.



Lihat Koleksi

Majlis Amanat Pengurus Besar KPD 2023 [2023-01-18]


Suasana sekitar Majlis Amanat Pengurus Besar, Korporasi Pembangunan Desa [KPD] nagi tahun 2023.



Lihat Koleksi

Majlis Makan Malam KPD 2022 [2023-01-18]


Suasana kemeriahan Majlis Makan Malam KPD 2022



Lihat Koleksi