Lawatan Rasmi Menteri Pertanian Dan Perikanan Sabah [18 Oktober 2021]
Majlis Perasmian KPD Fresh Mart & Lawatan Menteri Pertanian Dan Perikanan Sabah Ke Kompleks Pemasaran KPD Tanjung Lipat.
Lawatan Pengerusi KPD [ 29 Oktober 2021]
Lawatan YB Datuk Raime Unggi merangkap Pengerusi KPD Ke Kompleks Pemasaran KPD Tanjung Lipat.
Lawatan Ahli Lembaga Pengarah KPD [18 November 2021]
Lawatan Ahli Lembaga Pengarah KPD Ke Projek Ternakan Kambing Tenusu Di KPD Kabang, Papar.
Lawatan Ahli Lembaga Pengarah KPD [18 November 2021]
Lawatan Ahli Lembaga Pengarah KPD Ke Projek Ternakan Ayam KPD Kelatuan, Papar.
Lawatan Ahli Lembaga Pengarah KPD [18 November 2021]
Lawatan Ahli Lembaga Pengarah KPD Ke Projek Tanaman Buah Buahan Lingkungan, Beaufort.
Kursus Induksi 2021 & Group Dynamic Development Programme [04 Disember 2021}
Kursus Induksi 2021 & Group Dynamic Development Programme untuk kakitangan KPD Bertempat Di Kokol Haven Resort.
Majlis Perasmian Pusat Pengumpulan Hasil Tani KPD (APCC) Kota Marudu
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah pada 12 Ogos 2022 (Jumaat).
Majlis Perasmian Mesin Pemprosesan Madu Baharu di Pusat Lebah Madu Borneo di Sikuati, Kudat.
Majlis berlangsung pada 12 Ogos 2022 (Jumaat). Mesin pemprosesan itu, yang didedahkan oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan. Mesin ini mampu memproses dan membungkus madu mentah 120 kali lebih cepat berbanding kaedah sebelumnya.
Agriculture collection centre now operational in Telupid [ 26 September 2022 ]
Upacara penyerahan resit pembelian kepada petani sempena Majlis Perasmian Pusat Pengumpulan Hasil Tani (APCC) Telupid. Oleh Menteri Pertanian Dan Perikanan Sabah. YB. Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Gapari Kitingan. Dengan disaksikan oleh Setiausaha Tetap MAFI, Dr. Mariana Tinggal, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KPD, YB Datuk Raime Unggi dan Pengurus Besar KPD YBhg. Pn Lee Nyuk Choon @ Jamilah Ariffin.
Tamu Besar KPD 2022 [29 Oktober 2022]
Lawatan Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan pada pagi 29 Oktober 2022 ke gerai jualan KPD sempena Majlis Perasmian Tamu Besar KPD.
Majlis Perasmian Pusat Pengumpulan Hasil Tani KPD (APCC) Keningau [29 Oktober 2022]
Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan menandatangani plak sebagai tanda perasmian Pusat Pengumpulan Hasil Tani KPD (APCC) Keningau pada petang 29 Oktober 2022 dengan disaksikan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KPD, YB Datuk Raime Unggi dan Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KPD, Tuan Jalumin Bayogoh.
Majlis Penyampaian Amanat Pengurus Besar KPD 2023 [18 Januari 2023]
Suasana sekitar Majlis Penyampaian Amanat Pengurus Besar KPD 2023 bertempat di Dewan Hakka, Jalan Signal Hill, Kota Kinabalu.
Majlis Makan Malam KPD 2022 [18 Januari 2023]
Kemeriahan sekitar Majlis Makan Malam KPD 2022 bertempat di Dewan Hakka, Kota Kinabalu yang dirasmikan oleh Menteri Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, YB. Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Gapari Kitingan dan turut dihadiri Pegawai Kanan Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah serta agensi di bawahnya.
Lawatan Kerja Pengurus Besar ke Stesen Minyak KPD Kundasang [15 Februari 2023]
Lawatan Kerja Pengurus Besar ke Stesen Minyak KPD Kundasang untuk meninjau operasi harian serta kemudahan yang terdapat di stesen minyak tersebut untuk tujuan penambahbaikan pada masa akan datang.
Lawatan Kerja Pengerusi Dan Pengurus Besar KPD ke APCC Keningau serta Projek Binaong. [1 Mac 2023]
Sekitar lawatan kerja Pengerusi dan Pengurus Besar KPD untuk meninjau perjalanan operasi harian APCC Keningau serta kemajuan Projek Binaong. milik KPD yang juga terletak di daerah Keningau.
Majlis Konvokesyen Pusat Latihan Belia KPD-OISCA Tenom 2023 [02 Mac 2023]
Suasana sekitar Majlis Konvokesyen Pusat Latihan Belia KPD-OISCA Tenom 2023 yang telah disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery Gapari Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I Merangkap Menteri Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah bertempat di Pusat Latihan Belia KPD-OISCA Lagud sebrang, Tenom.
Majlis PerasmiPusat Pengumpulan Hasil Tani (APCC) Lingkungan, Beaufort Dan Taklimat Program AGRO Komuniti B40 [11 Mac 2023]
Majlis perasmian Pusat Pengumpulan Hasil Tani (APCC) Lingkungan, Beaufort yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan pada 11 Mac 2023 dengan disaksikan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KPD, YB Jannie Lasimbang dan tetamu kehormat yang lain.
Lawatan Menteri Pertanian Dan Perikanan Sabah ke Projek Tanaman Nenas Aqina Lingkungan, Beaufort.
Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KPD, YB Jannie Lasimbang serta tetamu kehormat yang lain melawat Projek Tanaman Nenas Aqina Lingkungan, Beaufort. Projek tersebut adalah kerjasama diantara pihak swasta iaitu Syarikat Aqina Borneo Sdn. Bhd dengan kerajaan negeri Sabah.
Kunjungan Hormat Pengurus Besar KPD kepada Menteri Pembangunan Perindustrian Dan Keusahawanan Sabah [22 Mac 2023.]
Kunjungan Hormat Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KPD, YB Jannie Lasimbang dan Pengurus Besar KPD Puan Jamilah Lee @ Lee Nyuk Choon kepada YB Menteri Phoong Jin Zhe, Menteri Pembangunan Perindustrian Dan Keusahawanan Sabah.
Mesyuarat Bersama Pejabat Tanah & Galian, Wilayah Persekutuan Labuan. [5 April 2023]
Mesyuarat Bersama antara Korporasi Pembangunan Desa dengan Pejabat Tanah & Galian, Wilayah Persekutuan Labuan.
Lawatan Kerja Sambil Belajar Ke Taiwan
Lawatan kerja rasmi sambil belajar Jemaah Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan, Korporasi Pembangunan Desa serta rombongan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah Ke Taiwan.
Majlis Pelancaran KPD Avenue Sempena Tamu KPD September 2023
KPD Avenue meliputi ruang Tamu KPD, Pejabat Pemasaran KPD, Fresh Mart KPD, Pasar Harian, Sunset Deck dan Medan Selera yang telah dinaiktaraf dan dilengkapi dengan kemudahan asas. Antara peranan KPD Avenue ialah sebagai platform pemasaran hasil tani segar dan berkualiti, memberi ruang dan peluang lebih ramai petani dan usahawan tempatan menceburi bidang perniagaan, menyediakan kemudahan pembungkusan produk, menyediakan lokasi strategik dengan kemudahan infrastruktur untuk menarik lebih ramai pelanggan dan pelancong, dan, menyediakan Sun Deck ruang santai bersama medan selera tepi laut, berpeluang menikmati ‘sun set’ pada waktu tertentu, sambil menjamu hidangan berkonsepkan ‘International Food Court’ dan menu pelbagai negara pada harga yang berpatutan
Minggu Integriti Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah 2023
Minggu Integriti Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) 2023 telah dilancarkan pada 18 Oktober 2023 bertempat di Dewan Serbaguna, Wisma Pertanian Sabah. Korporasi Pembangunan Desa terlibat dalam menjayakan program tersebut selaku agensi di bawah MAFFI.
Bengkel Penyediaan Dokumen Standard Operating Procedure (SOP) Dan Team Building KPD
Bengkel Penyediaan Dokumen Standard Operating Procedure (SOP) Dan Team Building KPD telah diadakan pada 25 hingga 27 Oktober 2023 bertempat di Shangri-La Rasa Ria, Kota kinabalu bagi melihat semula sistem dan prosedur, tatacara kerja dan governans lama serta memperbaiki aspek tatakelola dalam usaha meningkatkan integriti serta pencapaian KPD. Bengkel tersebut juga sebagai medan untuk mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturahim antara kakitangan baharu dengan pihak pengurusan.
Malam Apresiasi KPD 2023
Majlis Malam Apresiasi KPD 2023 bertempat di Dewan Hakka, Tanjung Lipat, Likas pada 29hb Disember 2023.
Lawatan kerja sambil belajar ke Guangzhou, China.
Lawatan kerja sambil belajar ke kilang Teemyeah Food Industry Machinery Co. Ltd, Haichuan Intelligent Machinery Co.Ltd dan Dingsheng Food Machinery Co. Ltd, di Guangzhou, China.
Majlis Amanat Pengurus Besar KPD 2024
Majlis Amanat Pengurus Besar KPD 2024 telah diadakan pada 18hb Januari 2024 bertempat di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian, Kota Kinabalu.
Pelancaran Air Minuman Jenama KPD
Sempena Majlis Amanat Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah. Korporasi Pembangunan Desa telah melancarkan produk baharu iaitu air minuman jenama KPD dan boleh didapati di KPD Fresh Mart, Wisma Pertanian Sabah dan KPD Fresh Mart, KPD Avenue, Tanjung Lipat Kota Kinabalu.
Kunjungan Hormat Delegasi OISCA International Japan
Kunjungan Hormat Delegasi OISCA International Japan ke Ibu Pejabat Korporasi Pembangunan Desa, Wisma Pertanian Sabah pada 24hb Januari 2024.
Majlis Pelancaran Projek KPD Di Kundasang
Majlis Pelancaran tiga projek KPD di Kundasang iaitu Kilang Pemprosesan Bibit Cendawan Mesilau, Pusat Pengumpulan Hasil Tani (APCC) dan Stesen Minyak KPD yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah. Dan turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Adun Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim; Pembantu Menteri II Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, YBhg Tuan Peto Galim; Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin; Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KPD, YB Jennie Lasimbang; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Robert Stidi; Pengurus Besar KPD, Pn. Jamilah Lee; Pegawai Daerah Ranau, Tuan Tinus Manggam serta semua Ahli Lembaga Pengarah KPD pada 30hb Jan 2024 lalu.
Majlis Perasmian Pusat Pengumpulan Hasil Tani (APCC) Silabukan, Lahad Datu
Majlis Perasmian Pusat Pengumpulan Hasil Tani (APCC) Silabukan, Lahad Datu pada 27hb Februari 2024 dan disempurnakan oleh Pengurus Besar Korporasi Pembangunan Desa, Puan Jamilah Lee Nyuk Choon serta dihadiri pengurusan kanan dan kakitangan KPD wilayah pantai timur.
Majlis Jamuan Sempena Hari Raya Aidilfitri MAFFI 2024
Suasana sekitar Majlis Jamuan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 anjuran Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) pada 13hb Mei 2024 bertempat di Dewan Serbaguna MAFFI, Wisma Pertanian Sabah.
Sesi Food Testing Di Signal Hill Food Square, KPD Avenue, Tanjung Lipat.
Sesi Food Testing Di Signal Hill Food Square, KPD Avenue bersama YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery Gapari Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah bersama Ahli Lembaga Pengarah berserta pengurusan kanan KPD pada 19 & 20 Mei 2024 yang lalu.
Majlis Perasmian Signal Hill Food Square, KPD Avenue, Tanjung Lipat.
Majlis Perasmian Signal Hill Food Square pada 4 Julai 2024 lalu yang bertempat di KPD Avenue, Tanjung Lipat. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery Gapari Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah serta turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah berserta pengurusan kanan KPD.
Hari Terbuka BHBC 2024
Acara Hari Terbuka BHBC 2024 yang diadakan pada 5-6 Julai 2024 lalu dan bertempat di Borneo Honeybee Centre, Sikuati, Kudat. Acara tersebut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan KPD serta dimeriahkan dengan kehadiran komuniti setempat. Pelbagai acara menarik diadakan bagi menghibur pengunjung yang hadir antaranya Pesta madu dan sukan rakyat.
Lawatan Setiausaha Tetap MAFFI
Lawatan kerja Setiausaha Tetap, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah yang baharu, YBhg. Tuan Leonard Stephen Poyong ke ibu pejabat Korporasi Pembangunan Desa (KPD) pada 19hb Julai 2024 dan mendengar taklimat mengenai kemajuan, pembangunan dan hala tuju KPD.
Minggu Integriti MAFFI 2024
Minggu Integriti MAFFI anjuran Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah yang melibatkan semua agensi dibawahnya termasuk Korporasi Pembangunan Desa telah berlangsung pada 17-19 Julai 2024 bertempat di dewan serbaguna Wisma Pertanian dan kawasan sekitarnya. Pelbagai acara menarik diadakan antaranya Senamrobik, Sukaneka, Kempen Menderma Darah, Ikrar AkuJanji kakitangan dan banyak lagi.
Kunjungan Hormat Wakil Syarikat Chubu Ecotec (Japan)
Pengurus Besar Korporasi Pembangunan Desa (KPD) menerima kunjungan hormat wakil daripada Syarikat Chubu Ecotec Co. Limited yang berpangkalan di Jepun dan antara pemain utama dalam sektor pengeluaran baja organik di rantau tersebut pada 24hb Julai 2024. Kunjungan itu adalah untuk mengenalpasti peluang serta bertukar idea dalam bidang yang dapat diteroka bersama KPD di masa akan datang.
Majlis Konvokesyen Pusat Latihan Belia KPD-OISCA Tenom Sesi 2023 / 2024
Majlis Konvokesyen Pusat Latihan Belia KPD-OISCA Tenom berlangsung pada 9hb Ogos 2024 bertempat di Pusat Latihan Belia KPD-OISCA Tenom yang disempurnakan Oleh YB Datuk Hendrus Anding. Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah mewakili YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Gapari Kitingan. Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah. Majlis turut dihadiri pihak pengurusan kanan KPD serta turut dimeriahkan dengan kehadiran ibubapa graduan Pusat Latihan Belia KPD-OISCA Tenom.
Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah (HPPNS) 2024
Majlis Sambutan Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah (HPPNS) 2024 yang berlangsaung di Dewan Kinabatangan, Sabah International Convention Centre (SICC) pada 1hb - 3hb November 2024. Majlis dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. Pelbagai acara menarik diadakan termasuk Pameran dan gerai jualan Korporasi Pembangunan Desa.
Majlis Penyerahan Projek Siap Pusat Informasi Cendawan Moyog.
Majlis penyerahan projek siap antara pihak kontraktor yang dilantik kepada pihak pengurusan tertinggi KPD. Projek tersebut telah siap dalam masa yang ditetapkan.