KURSUS ASAS PENTERNAKAN LEBAH KELULUT
Lebah kelulut adalah spesis lebah yang tidak menyengat. Sabah berpotensi tinggi untuk pengeluaran madu lebah dengan saiz kawasan hutan dan ladang-ladang yang meluas merata tempat. Penternakan lebah madu sangat mudah tetapi memerlukan cara-cara yang betul agar lebah tidak berpindah-pindah.
Kursus ini disediakan untuk dua (2) hari termasuk lawatan ke ladang ternakan lebah madu. Peserta didedahkan dengan cara-cara memerangkap lebah madu supaya bersarang di tempat yang disediakan oleh penternak, penjagaan serta menuai madu lebah. Di akhir kursus, peserta boleh memulakan penternakan lebah madu dari kawasan mereka sendiri tanpa takut sengatan lebah dan berpotensi menjana pendapatan yang baik.
OBJEKTIF
• Memberi pengenalan kepada jenis-jenis dan sifat-sifat lebah yang boleh diternak.
• Memberi kemahiran mengenal pasti kawasan sesuai untuk menternak lebah.
• Memberi kemahiran penggunaan peralatan penternakan lebah dan pemprosesan madu.
• Memberi pendedahan kepada cara-cara menternak serta penjagaan penyakit dan perosak lebah madu.
• Memberi motivasi serta peluang penjanaan pendapatan kepada peserta.
YURAN KURSUS
Yuran Peserta : RM350.00
(Termasuk kos material kursus, nota, makan dan minum sepanjang kursus dijalankan)
Bayaran yuran kursus mestilah diserahkan berserta borang permohonan yang lengkap diisi. Yuran dibayar lebih awal dalam Ringgit Malaysia secara tunai atau dalam talian. Yuran kursus tidak akan dipulangkan sekiranya pemohon menarik diri.
Walau bagaimanapun, penggantian peserta boleh diurus dengan memaklumkan Bahagian Urusetia secara bertulis sekurang-kurangnya seminggu sebelum kursus diadakan. Sila hantarkan borang yang telah lengkap diisi melalui surat atau faks kepada Bahagian Urusetia selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum kursus dimulakan.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Pn. Susie Ingsui
Tel : 088-413574


