KURSUS ASAS PENTERNAKAN LEBAH MADU

Madu lebah adalah sejenis makanan yang mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Terdapat berbagai jenis lebah yang boleh mengeluarkan madu, tetapi hanya beberapa jenis lebah yang sesuai diternak kerana mampu menghasilkan madu yang banyak serta berpotensi untuk dipasarkan. Produk madu telah diketahui ramai dan diterima luas di pasaran dengan permintaan yang tinggi. Sabah mempunyai potensi tinggi untuk pengeluaran madu lebah kerana saiz kawasan hutan dan ladang-ladang yang meluas merata tempat. Penternakan lebah madu adalah mudah tetapi memerlukan kaedah yang betul agar lebah tidak berpindah-pindah.

Kursus ini disediakan selama dua (2) hari termasuk lawatan ke ladang ternakan lebah madu. Peserta akan didedahkan dengan cara-cara memerangkap lebah madu supaya bersarang di tempat yang disediakan oleh penternak, penjagaan lebah serta menuai madu. Di akhir kursus, peserta boleh memulakan penternakan lebah madu dari kawasan mereka sendiri tanpa takut sengatan lebah dan berpotensi menjana pendapatan yang baik.

OBJEKTIF
• Memberi pengenalan kepada jenis-jenis dan sifat-sifat lebah yang boleh diternak.
• Memberi kemahiran mengenal pasti kawasan sesuai untuk menternak lebah.
• Memberi kemahiran penggunaan peralatan penternakan lebah dan pemprosesan madu.
• Memberi pendedahan kepada cara-cara menternak serta penjagaan penyakit dan perosak lebah madu.
• Memberi motivasi dan peluang penjanaan pendapatan kepada peserta.

YURAN KURSUS
Yuran Peserta : RM350.00

(Termasuk kos material kursus, nota, makan dan minum sepanjang kursus dijalankan)

Bayaran yuran kursus mestilah diserahkan berserta borang permohonan yang lengkap diisi. Yuran hendaklah dibayar lebih awal dalam Ringgit Malaysia secara tunai atau dalam talian. Yuran kursus tidak akan dipulangkan sekiranya pemohon menarik diri.

Walau bagaimanapun, penggantian peserta boleh diurus dengan memaklumkan Bahagian Urusetia secara bertulis sekurang-kurangnya seminggu sebelum kursus diadakan. Sila hantarkan borang yang telah lengkap diisi melalui surat atau faks kepada Bahagian Urusetia selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum kursus dimulakan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Pn. Susie Ingsui
Tel : 088-413574