KURSUS CENDAWAN TIRAM KELABU
Cendawan adalah satu jenis perusahaan yang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan. Perusahaan cendawan menggunakan kawasan yang kecil tetapi memerlukan keadaan yang sesuai. Pemeliharaan cendawan dianggap mudah tetapi memerlukan pengetahuan teknikal yang baik. Berbagai jenis cendawan boleh dihasilkan secara komersial dan menjanjikan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha.
Cendawan Tiram adalah satu jenis cendawan yang telah dikenal pasti boleh dan mudah dipelihara di kawasan tanah rendah. Ia digemari pengguna dan diterima luas di pasaran. Secara amnya, cendawan belum dikenali secara meluas oleh pengusaha. Walaupun perusahaan cendawan tidak memerlukan modal yang tinggi serta tanah yang luas, namun kemahiran teknik khusus daripada bakal pengusaha amat diperlukan kerana kegagalan atau kejayaan projek tersebut adalah bergantung kepada kemahiran teknik penjagaan dalam proses pemeliharaan.
Kursus ini akan dijalankan selama dua (2) hari. Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara penyediaan benih, pemeliharaan, penjagaan dalam rumah cendawan, pengawalan serangga perosak dan penyakit, pengendalian lepas tuai, pemasaran serta nilai ekonominya. Untuk memantapkan lagi pengetahuan para peserta kursus, satu lawatan sambil praktikal akan diadakan pada hari kedua di mana peserta kursus akan dapat mencuba dan melihat sendiri cara-cara penyediaan bibit cendawan serta pemeliharaan di dalam pondok cendawan.
Setelah mengikuti kursus ini, peserta akan memperoleh kemahiran asas untuk memulakan kerja pemeliharaan dan berkemampuan untuk menguruskan projek pemeliharaan cendawan dengan jayanya.
OBJEKTIF
Mendedahkan kepada peserta kursus cara-cara pemeliharaan Cendawan Tiram Kelabu yang mana, jika kemahiran ini dapat diamalkan dengan baik, akan dapat membantu menjana pendapatan keluarga sama ada sebagai pendapatan sampingan mahupun sebagai pendapatan utama.
YURAN KURSUS
Yuran Peserta : RM350.00
(Termasuk kos material kursus, nota, makan dan minum sepanjang kursus serta kos pengangkutan pergi dan balik semasa lawatan ke Kundasang pada hari pertama).
Bayaran yuran kursus mestilah diserahkan bersama borang permohonan yang lengkap diisi. Yuran hendaklah dibayar lebih awal dalam Ringgit Malaysia sama ada secara tunai atau dalam talian. Yuran kursus tidak akan dipulangkan sekiranya pemohon menarik diri. Walau bagaimanapun, penggantian peserta boleh diuruskan dengan memaklumkan Bahagian Urusetia secara bertulis sekurang-kurangnya seminggu sebelum kursus diadakan.
Sila hantarkan borang yang telah lengkap diisi melalui surat atau faks kepada Bahagian Urusetia selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum kursus dimulakan.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Pn. Susie Ingsui
Tel : 088-413574


