PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG
Ayam kampung merupakan komoditi yang mempunyai permintaan dan pasaran tersendiri di Malaysia. Namun demikian, permintaan ayam kampung juga semakin meningkat kerana selain keenakan dagingnya, masyarakat semakin prihatin terhadap produk daging yang lebih berkhasiat dan terjamin kesihatannya. Kini, ramai penternak mula giat menternak ayam kampung kerana pengurusannya lebih mudah dan sifat ayam kampung yang lebih tahan lasak berbanding dengan ternakan ayam pedaging.
Pengeluaran secara komersial serta bantuan daripada kerajaan telah menyumbang kepada perkembangan industri ayam kampung di Malaysia. Oleh itu, penternakan ayam kampung dilihat sebagai satu perusahaan yang berpotensi tinggi kepada peserta yang ingin menceburi bidang ini. Kursus ini akan membincangkan aspek-aspek asas dalam ternakan ayam kampung merangkumi keperluan asas, amalan dan kemahiran penternakan, kawalan penyakit dan kesihatan. Kursus ini juga akan memberi pendedahan mengenai aliran kewangan dan pulangan pendapatan.
OBJEKTIF
• Memperkenalkan industri penternakan ayam kampung.
• Memberi pendedahan kepada peserta mengenai penyediaan keperluan asas penternakan ayam kampung.
• Mempelajari kemahiran asas dalam pengurusan peringkat perindukan anak ayam dan pembesaran.
• Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan kesihatan dan kawalan penyakit.
YURAN KURSUS
Yuran Peserta: RM350.00
(Termasuk kos material kursus, nota, makan/minum sepanjang kursus dijalankan).
Bayaran yuran kursus mestilah diserahkan bersama borang permohonan yang lengkap diisi. Yuran hendaklah dibayar lebih awal dalam Ringgit Malaysia secara TUNAI atau ONLINE. Yuran kursus tidak akan dipulangkan sekiranya pemohon menarik diri.
Walau bagaimanapun, penggantian peserta boleh diuruskan dengan memaklumkan Bahagian Urusetia secara bertulis sekurang-kurangnya seminggu sebelum kursus diadakan.
Sila hantarkan borang yang telah lengkap diisi melalui surat/faks kepada Bahagian Urusetia selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum kursus dimulakan.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Pn. Susie Ingsui
Tel : 088-413574


