Kursus Asas Penternakan Kambing Tenusu



SINOPSIS

Projek Ternakan Kambing KPD merupakan penternakan kambing tenusu dengan mengaplikasikan pengalaman terdahulu seperti Program Pembiakan Ternakan, Program Kesihatan Ternakan, Program Pemakanan Ternakan serta pematuhan terhadap Piawaian Operasi Prosedur (SOP) Penternakan Kambing KPD bagi memacu objektif projek pada ketika ini.

OBJEKTIF

Menghasilkan nilai tambah terhadap produk hasil ternakan kambing iaitu pengeluaran susu segar.
Menghasilkan anai-anak kambing yang berkualiti tinggi untuk tujuan penambahan induk pemerah dan penjualan anak kambing yang berkualiti.
Penganjuran kursus asas penternakan kambing kepada awam bagi membantu kelangsungan industri ternakan kambing di Negeri Sabah. (Good Animal Husbandry Practice, GAHP).
Penghasilan produk hiliran susu kambing (Ice-cream susu kambing dan yoghurt pelbagai perisa) menurut citarasa dan penggemar susu kambing. dan lain-lain.
Asas-asas pembiakan ternakan, ekonomi pengeluaran dan daya maju projek serta meningkatkan kemahiran peserta dalam pengendalian dan penyelenggaraan
ternakan dengan latihan praktikal

YURAN KURSUS

Yuran Peserta : RM350.00
(Termasuk kos material kursus, nota, makan/minum sepanjang kursus dijalankan).

Bayaran yuran kursus mestilah diserahkan berserta dengan borang permohonan yang lengkap diisi. Yuran dibayar lebih awal dalam Ringgit Malaysia secara TUNAI atau ONLINE. Yuran kursus tidak akan dipulangkan sekiranya pemohon menarik diri.

Walau bagaimanapun menggantikan peserta boleh diurus dengan memaklumkan Bahagian Urusetia secara bertulis sekurang-kurangnya seminggu sebelum kursus diadakan.

Sila hantarkan borang yang telah lengkap diisi melalui surat / faks kepada Bahagian Urusetia selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum kursus dimulakan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pn. Susie Ingsui / Pn. Angela Stanislaus Tel : 088-291376 / 088-291312 [Pejabat Am] Fax : 088-291354