Kursus Cendawan Tiram Kelabu
SINOPSIS
Cendawan adalah satu jenis perusahaan yang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan. Perusahaan cendawan menggunakan kawasan yang kecil tetapi perlukan keadaan yang sesuai. Pemeliharaan cendawan dianggap mudah tetapi perlukan pengetahuan teknikal yang baik. Berbagai jenis cendawan boleh dihasilkan secara komersial dan menjanjikan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha.
Cendawan Tiram adalah satu jenis cendawan yang telah dikenal pasti boleh dan mudah dipelihara di kawasan tanah rendah. Ia digemari pengguna dan diterima luas di pasaran. Secara amnya cendawan belum dikenali secara meluas oleh pengusaha. Walaupun perusahaan cendawan tdak memerlukan modal yang tinggi serta tanah yang luas, namun kemahiran teknik khusus daripada bakal pengusaha amat diperlukan kerana kegagalan atau kejayaan projek tersebut adalah bergantung kepada kemahiran teknik penjagaan dalam proses pemeliharaan.
Kursus ini akan dijalankan selama 2 hari. Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara penyediaan benih, pemeliharaan, penjagaan dalam rumah cendawan, pengawalan serangga perosak dan penyakit, pengendalian lepas tuai, pemasaran dan nilai ekonominya. Untuk memantapkan lagi pengetahuan para peserta kursus, satu lawatan sambil praktikal akan diadakan pada hari kedua dimana peserta kursus akan dapat mencuba dan melihat dengan sendiri cara-cara penyediaan bibit cendawan dan pemeliharaan di dalam pondok cendawan.
Setelah mengikuti kursus ini, peserta akan mendapatkan kemahiran asas untuk memulakan kerja pemeliharaan dan berkemampuan untuk menguruskan projek pemeliharaan cendawan dengan jayanya.
OBJEKTIF
Mendedahkan kepada peserta kursus cara-cara pemeliharaan Cendawan Tiram kelabu yang mana jika kemahiran ini dapat diamalkan dengan baik akan dapat membantu menjana pendapatan keluarga baik sebagai pendapatan sampingan mahupun sebagai pendapatan utama.
YURAN KURSUS
Yuran Peserta : RM350.00
(termasuk kos material kursus, nota, makan/minum sepanjang kursus dan kos pengangkutan pulang balik semasa lawatan ke Kundasang pada Hari Pertama).
Bayaran yuran kursus mestilah diserahkan berserta dengan borang permohonan yang lengkap diisi. Yuran dibayar lebih awal dalam Ringgit Malaysia secara TUNAI atau ONLINE. Yuran kursus tidak akan dipulangkan sekiranya pemohon menarik diri.Walau bagaimanapun menggantikan peserta boleh diurus dengan memaklumkan Bahagian Urusetia secara bertulis sekurang-kurangnya seminggu sebelum kursus diadakan.
Sila hantarkan borang yang telah lengkap diisi melalui surat / faks kepada Bahagian Urusetia selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum kursus dimulakan.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pn. Susie Ingsui / Pn. Angela Stanislaus Tel : 088-291376 / 088-291312 [Pejabat Am] Fax : 088-291354