Projek Pemeliharaan Cendawan
Pemeliharaan cendawan Shiitake pertama kali diperkenalkan secara percubaan di Magatai/Lutong, Tambunan pada tahun 1989. Hasilnya, projek ini telah mencapai kejayaan yang memberangsangkan. Ekoran dari itu ianya mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja daripada peserta program tetapi juga dari daerah lain. Pada tahun 1990 projek ini telah dikembangkan ke kawasan Moyog, Penampang, Kundasang dan Ranau melalui program berkonsepkan Perladangan Kontrak di antara KPD dan para petani di kawasan tersebut.
Bagi memastikan bibit cendawan yang berkualiti dapat dibekalkan secara berterusan kepada para peserta projek, KPD telah mendirikan sebuah Pusat Pengeluaran Bibit Cendawan di Mesilau, Kundasang pada tahun 1991. Pusat ini sentiasa ditambahbaik dari masa ke semasa bukan sahaja dari segi kuantiti dan kualiti pengeluaran tetapi juga dalam aspek kaedah pemprosesan p’p’ bag di samping variasi jenis bibit yang dikeluarkan.
Kini Pusat Pengeluaran Bibit Cendawan ini lebih dikenali dengan nama Borneo Mushroom dan telah dilengkapi dengan 2 buah autoclave yang baru bagi menggantikan sterilizer lama. Kapasiti pengeluaran bibit cendawan juga telah meningkat kepada 7,500 p’p’ bag/batch.
Sebagai perakuan dan pengiktirafan terhadap usaha-usaha KPD untuk mempertingkatkan kualiti projek ini, Borneo Mushroom telah dianugerahkan Sijil HALAL, MS-ISO 9001:20015, MyOrganic (Skim Organik Malaysia) dan Malaysia’s Best
OBJEKTIF
Meningkatkan pengeluaran produk cendawan yang berkualiti.
Menyediakan sumber pendapatan yang efisien dan berterusan kepada para peserta projek.
Membantu usaha kerajaan dalam mengurangkan kadar
kemiskinan di luar bandar (in-situ).
Menjana pendapatan KPD.
AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Mengeluar dan membekal bibit cendawan kepada petani (peserta projek), pengusaha persendirian dan di ladang KPD sendiri.
Memberi khidmat nasihat teknikal mengenai pemeliharaan cendawan kepada para peserta projek Perladangan Kontrak.
Memberi Kursus Teknikal Pemeliharaan Cendawan berbayar kepada orang awam yang berminat.
Menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada petani atau pengusaha persendirian yang membeli bibit dari Borneo Mushroom.
JENIS PRODUK YANG DIKELUARKAN
* Bibit cendawan
* Cendawan Segar (Shiitake, Tiram dan Telinga Kera)
* Cendawan kering (Ling Zhi Slices)
* Ling Zhi Coffee
* Ling Zhi Tea