Projek Tanaman Pertanian / Pomelo



Selain dari mengeluarkan buah pomelo dari ladang milik sendiri, pomelo merupakan salah satu tanaman yang diperkenalkan oleh Korporasi Pembangunan Desa (KPD) kepada petani-petani miskin di daearah Tenom melalui perladangan kontrak. Para petani yang berminat ini mempunyai kawasan tanah yang mencukupi dan sesuai untuk tanaman pomelo melalui perladangan secara kontrak. Dijangka para petani yang akan menceburkan diri dalam tanaman pomelo akan dapat menambah pendapatan sekiranya ladang diusahakan dengan sempurna. Penjanaan pendapatan melalui penanaman pomelo membantu para petani meningkatkan pendapatan keluarga, dan sekali gus mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan

Secara langsung kerajaan membantu mengeluarkan sebilangan penduduk yang berada di bawah garis kemiskinan. KPD berhasrat untuk membentuk kumpulan petani ini menjadi Usahawan Tani dengan berkecimpung dalam penanaman pomelo.

Untuk memulakan ladang pomelo, ia memerlukan kemahiran teknikal yang khusus dan rantaian kemahiran-kemahiran lain yang berkaitan seperti semangat keusahawanan, pemasaran dan pengurusan ladang, pengurusan kewangan dan sebagainya. Untuk itu, KPD telah merangka satu set program latihan kepada para petani untuk membantu menjamin kejayaan usaha mereka. Program latihan ini merangkumi pengetahuan asas teknikal penanaman dan pengurusan ladang pomelo disamping memberi motivasi kepada para p[eserta agar mereka tabah menghadapi cabaran sehingga mencapai kejayaan.