Jual Beli Buah Tandan Segar (BTS)



Di kawasan Tawau perkhidmatan jual beli Buah Tandan Segar (BTS) telah diperkenalkan pada tahun 2000 sebagai salah satu usaha untuk menjana pendapatan KPD. Perkhidmatan ini ternyata mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pekebun kecil kerana kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk menghantar buah sawit ke pusat timbang atau kilang. Kini Perkhidmatan Jual Beli BTS telah dikembangkan ke kawasan-kawasan lain khususnya di Pantai Timur Sabah iaitu di Semporna, Kunak, Silabukan, Tungku dan Segama

OBJEKTIF

Membeli FFB pembekal dengan harga yang berpatutan berdasarkan harga pasaran semasa.

Menyediakan perkhidmatan pengangkutan hasil pekebun kecil dengan caj yang berpatutan

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Pembelian BTS Secara Bergerak:

KPD akan mengangkut hasil kelapa sawit pembekal dari ladang dan dihantar terus ke pusat timbang atau kilang swasta yang berhampiran.
Pembelian BTS di Pusat Timbang KPD menyediakan 3 pusat timbang yang terletak di Silabukan, Tungku dan Segama. Pembekal boleh menghantar sendiri BTS mereka ke pusat- pusat timbang yang berhampiran.