Penternakan Ayam Pedaging



Industri penternakan ayam merupakan sektor ekonomi yang penting kerana ia merupakan bekalan protein yang murah dan berkualiti tinggi kepada penduduk negara. Walaupun pengeluaran daging ayam telah mencapai tahap sara diri semenjak tahun 1981, namun kadar pengeluaran terus meningkat dari tahun ke tahun dengan pertumbuhan sebanyak 2.4% setahun.

Di Malaysia, penggunaan per kapita bagi daging ayam telah meningkat daripada 35.3kg (MoA 2011) kepada 46.6kg untuk tahun 2014 dan dijangka akan terus meningkat. Oleh yang demikian, penternakan ayam pedaging merupakan satu perusahaan yang berpotensi tinggi dan membuka peluang kepada parapeserta yang berminat untuk berkecimpung dalam industri ini.

Kursus ini akan membincangkan aspek-aspek asas dalam ternakan ayam pedaging merangkumi aspek-asoek keperluak asas, amalan dan kemahiran ternakan, kawalan penyakit dan kesihatan. Kursus ini juga akan memberi pendedahan mengenai aliran kewangan dan pulangan pendapatan.

OBJEKTIF

Memperkenalkan Industri Penternakan Ayam Pedaging.

Memberi pendedahan kepada peserta penyediaan keperluan asas penternakan ayam pedaging.

Mempelajari kemahiran asas dalam pengurusan peringkat perindukan anak ayam dan pembesaran.

Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan kesihatan dan kawalan penyakit.

YURAN KURSUS
Yuran Peserta : RM350.00
(Termasuk kos material kursus, nota, makan/minum sepanjang kursus dijalankan)

Bayaran yuran kursus mestilah diserahkan berserta dengan borang permohonan yang lengkap diisi. Yuran dibayar lebih awal dalam Ringgit Malaysia secara TUNAI atau ONLINE. Yuran kursus tidak akan dipulangkan sekiranya pemohon menarik diri. Walau bagaimanapun, menggantikan peserta boleh diurus dengan memaklumkan Bahagian Urusetia secara bertulis sekurang-kurangnya seminggu sebelum kursus diadakan.

Sila hantarkan borang yang telah lengkap diisi melalui surat / faks kepada Bahagian Urusetia selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum kursus dimulakan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pn. Susie Ingsui / Pn. Angela Stanislaus Tel : 088-291376 / 088-291312 [Pejabat Am] Fax : 088-291354